Tuesday, July 17, 2018

Reunited.

Assalamualaikum, hai?

Semua orang tahu dan semua orang akan dapat rasa, bila dah masuk U ni, nak balik rumah pun susah, kalau balik pun cuti tak lama. Jadi kalau nak jumpa adik beradik, sedara mara, kawan-kawan semua tu masa cuti sem je lah. Tu pun tak boleh jumpa semua. Ada yang kerja masa kita cuti, ada yang tak cuti lagi. So possibility nak jumpa and cukup semua orang ni... susah.

Benda macam ni buat aku rindu zaman tak masuk U lagi. Serius.

17/7/2018;

Alhamdulillah, finally. Selepas rancang punya rancang masa nak dekat final hari tu, finally reunited with my gangssss. Ahh over. Kau tahu tak perasaan bila boleh kumpul ramai-ramai ni perasaan dia lain macam tahu tak. Ke aku je yang over lol. Ye lah, selalunya kalau jumpa pun, tak cukup gang. Tak best bila jumpa gang aku yang ni tapi sorang dua takde. 

So basically pagi tu aku bangun pagi macam biasa. Lepas solat subuh, terus masuk dapur siapkan barang nak goreng bihun goreng. Bila dah selesai goreng bihun, sudah bersiap, aku tunggu je lah Nisha datang ambik sebab dia ajak gi sekali. Boleh kata dalam pukul 10 lebih baru gerak. Tapi since Raidah call cakap nak konvo sekali, plan asal yang nak jumpa kat sana terus tukar gi sekali tapi kena tunggu semua ada kat mpi. Mengimbau kenangan betul duduk dalam kereta depan mpi ni. Rindu....

Benda pertama jadi masa tengah keluarkan barang dari kereta is..... awal-awal lagi diorang dah cari gaduh dengan aku. 

"Weh tirah serius la bowok bihun sikit ni jah? Aku make banyok wei, padei aku sorei jah so bekas bihun ni." - Abby, 2018

While me; "La cukup la ni so bekas. Kato DIET belako. Ahahahhaha"

And everyone was laughing so hard. Macam-macam hal sorang-sorang ni. Nasib baik sayang.

...

Bila dah bentang tikar, susun makanan atas tikar, semua ambik posisi duduk. Sambil tunggu Maisa sorang lagi yang tak sampai-sampai, sempat la tangkap gambar makanan yang masih tersusun (sebelum berterabur). Pastu bermula la part gelak tepuk paha orang sebelah sebab diorang ni punya sense of humor boleh tahan kelakar. Aku yang niat dalam hati sehari sebelum kejadian tak nak gelak sangat pun boleh lupa niat yang tu. Make sense la kan. We talk, we share, we laugh.


So, bila Maisaa dah sampai, apa lagi, benda pertama kena buat mestilah kena selfie (kena jugak selfie sebelum kejadian sorang tudung kotor, sorang tudung kelepet jadi.) Selfie pun buat hal gaiss. Berapa puluh kali kena ambik baru sorang-sorang puas hati and since lighting dekat tempat aku paling cantik, maka aku lah mangsa dalam gambar dimana muka paling jelas orang boleh nampak ialah aku, muka paling bulat, muka paling anoyying setakat ni orang boleh nampak pun aku. Tapi sebab sayang, aku layankan je lah diorang ni :p
Dah selesai dua part, kami makan. Masa makan aku ingat diorang ni macam dulu la, bila makan senyap, sebab jumpa makanan kan. Selalunya masa makan je senyap. Kalau tak, tak berhenti bercakap :') tapi kali ni tak. Boleh pulak buat lawak masa orang tengah makan. Nasib baik semua masih ingat yang semua kat situ perempuan yang tak berapa ayu tapi nak jadi ayu. Kah.

Dah habis makan tu, semua menuju ke pokok-pokok untuk ambil gambar. Jadi konsep kat pokok kali ni, kau tangkap gambar aku, aku tangkap gambar kau. Dah puas hati sorang-sorang baru boleh gi pantai. So masa ni semua orang macam nak cari orang tolong ambilkan gambar, tapi takde orang. Pastu semua orang macam cakap ayat sama 'nok ambik gambar ramai-ramai macei tokleh jah *buat soro sedih, buat muko sedih* and end up aku boleh kata diorang punya idea ni boleh tahan kelakar tapi kreatif jugak la. Diorang jumpa kayu panjang, tak banyak cakap terus tarik, pacakkan dekat pasir. Pastu,

"Hoh cepat nok guno fon sapo ni ambik gambar?" - Raidah, 2018

Everyone be like, "huk tirah la. Guno sapa penuh memori." Amboi.amboi.amboi tapi akhirnya bagi jugak. 

"Jange berkiro nge ore baru ore tok berkiro nge kito." - Ummi, since first day aku lahir.

 Yang tu okay lagi, yang aku tak tahan gelak, yang ni;

"Tokleh letok gini sajo jatuh fon. Haa, guno kasut la wak sekat fon sapo paka kasut tutup and tinggi??! -salwani, 2018 *ayat ni dilaungkan dari jauh ye teman-teman sambil ditemani bunyi ombak yang tak berapa nak berombak* dan sampai sekarang aku boleh kata otak diorang ni memang geliga cari idea. Hahaha.

Dan akhirnya, kasut Nisha yang jadi mangsa. Masa tu aku dah start sakat orang dah. "sha, balik nanti buleh oyak ko ummi kasut mari wak jaso, tolong ore susoh hahaha" - aku, 2018

Hampir sejam jugak la baru dapat gambar yang tak sempurna tapi cantik di mata masing-masing. The struggle is real. Ingat senang nak adjust kedudukan fon yang kejap gerak kejap gerak ni. 

....

Dalam 2 lebih macam tu, bila semua dah selesai kemas barang, kitorang balik dari pantai terus singgah rumah Nisha untuk solat zohor. Sampai terus masuk solat. Dah selesai solat zohor, boleh pulak diorang ni buat mesyuarat sama ada nakgi warung badik-badik ke acu tera kat sabak. Betul lah perempuan ni complicated. Nakgi makan pun pikir panjang haha. So last-last decided nak gi acu tera. Tapi masa ni, Mardhati dah kena balik ambil adik so selesai salam terus gerak.

Sampai sana, order, makan, cakap-cakap pastu terus gi pantai. Lepak atas batu. Masa ni, masing-masing macam ok hari ni hari kita so okay sambung cakap. We talk about different things, and yeah, puas hati. Sebab masa ni semua macam "weh rindu la zaman sekolah. Jumpa kawan baru macam tak sama dengan yang dulu." I couldn't agree anymore. YES!

...

We had fun! Even tak boleh jumpa hari-hari but we still whatsapp tanya khabar, dan bila dah jumpa, we still act like the old us. 

Sesungguhnya, takde siapa boleh ganti diorang ni, dah anggap macam adik beradik aku dah. Yang selalu tegur aku, bagi nasihat mana baik mana buruk, yang berpakat bila nak sakat aku, yang selalu kacau aku makan, kacau aku tidur, yang terpaksa dengar aku membebel panjang, diorang ni lah. Through ups and downs, since high school till forever insyaAllah. 



Friday, December 9, 2011

EGO.

Assalamualaikum.




Ego aku, ego kau, ego dia, tak serupa. Ego kita semua berbeza.

Okay. To be honest, aku memang tak suka orang yang ego tinggi ni. Rasa anoyying dengan orang macam ni. Kadang rasa macam nak marah. Nak hentak kaki kuat-kuat sebab geram sangat perangai macam tu. Rasa nak eiii macam-macam la. Tapi tu dulu. Kerna semua orang perangainya berbeza, tak sama. Ada baik buruk masing masing yang kita perlu terima seadanya. Aku.. cuba buang prasangka buruk aku pada orang. Aku cuba belajar husnudzon dengan semua orang walaupun kadang-kadang tu gagal jugak. Kadang-kadang rasa nak marah ni membuak-buak. Tapi bila aku fikir balik, semua ada ego.  Tapi macam mana aku pandang mereka tu yang salah.

Aku pandang orang yang ego tinggi ni sebelah mata. Aku pandang buruk, jahat. Tapi aku lupa pandang diorang dengan dua belah mata yang Allah bagi ni. Aku lupa celik mata, buka mata luas-luas. Cari sisi baik diorang. Adakah aku yang sebenarnya ego? Perangai tak boleh terima orang seadanya? *tumbuk diri sendiri*

Diorang tak jahat, diorang tak buruk. Diorang cuma ada cara diorang sendiri. Aku selalu ingatkan diri aku dengan ayat ni. Ada yang ego tinggi dengan kawan-kawan diorang, tapi balik rumah seorang yang penyayang dengan keluarga. Ada yang ego dengan kita sebab yang takleh elak. Ada yang ego dengan kita sebab diorang sayang sebenarnya tapi taknak bagitahu dengan cara lain selain buat-buat ego tinggi. Mungkin diorang ada masalah or mungkin diorang tak reti nak express dengan cara lain. Maybe diorang nak their own privacy yang diorang taknak kita tahu. Mungkin juga diorang rasa nak orang kenal perangai dia dengan ego dia yang tinggi macam tu. Mungkin juga diorang mengharapkan kita cuba bantu dia rendahkan ego diorang, tapi diorang tak tau nak minta tolong macam mana and salah satu caranya mungkin dengan berperangai macam tu so that kita boleh pandang diorang. Tapi apa pun, they have their own reason.

Jadi, mohon. Jangan kita pandang orang sebelah mata. Kadang-kadang kita ni, bila orang buat salah, kita terus lupa benda baik yang diorang pernah buat pada kita and anggap diorang ni macam pesalah tanpa tahu perkara sebenar.

Ayuh buka mata.

Sebelum tu, meh nak bagi tahu. Husnudzon tu bersangka baik :)

Ini cerita aku juga sekadar peringatan buat diri aku sendiri.